Friday, 21 October 2016

SMK USJ 23




Perjalanan di sekolah menengah  adalah titik permulaan dimana sudah pun meningkat dewasa. Saya terlibat dengan pelbagai aktiviti kepimpinan seperti menjadi ketua kelas dari tingkatan dua sehingga tingkatan 4. Daripada itu saya telah pun menerima anugerah kualiti kepimpinan sebagai ketua kelas. Saya terlibat dengan aktiviti kelab seperti menjadi ajk tertinggi dalam kelab. Pernah mewakili sekolah dalam pertandingan sajak,pantun dan permainan sukan bowling di bawah kegiatan kokurikulum. Malah,sering membuat persembahan di sekolah ketika aktiviti dan program yang sedang dijalankan. Saya juga  sangat suka menulis maka ketika itu jika ada pertandingan menulis esei dan mencipta lagu saya sering memenangi tempat pertama dalam setiap pertandingan. Di sini saya belajar erti kehidupan alam persekolaahan dimana menjadi pedoman untuk belajar di peringkat yang lebih tinggi.Sesungguhnya,setiap guru di sekolah ini menjadi ingatan seumur hidup sehingga tidak tersenarai dalam penulisan saya. Terima kasih cikgu.

No comments:

Post a Comment