Thursday, 20 October 2016

SK USJ 20



SK USJ 20
Bersekolah rendah di SK USJ 20 yang terletak di Subang Jaya.  Apa yang boleh saya katakan di sini di sekolah inilah bakat  saya  pertama kali di cungkil dimana saya di ajarkan sikap kepimpinan saya menjadi ketua kelas pada darjah tiga sehingga darjah lima. Saya menyertai pelbagai aktiviti kokurikum dan sukan di sekolah ini. Saya juga pernah mewakili sekolah dalam perbarisan unit beruniform Puteri Islam. Saya juga banyak terlibat dengan pelbagai aktiviti kebudayaan seperti menyanyi dan juga menari. Saya banyak masuk dalam pertandingan seperti penulisan esei bahasa melayu kerana saya sangat suka menulis pada ketika itu. Sehingga kini cikgu yang mengajar saya masih terlekat di minda saya iaitu cikgu Norizan Ahmad,Cikgu Jennifer,Cikgu Syarifudin, Cikgu Fuad, Cikgu Farid,Cikgu Zuraida dan Cikgu Jasmin dan banyak lagi . Mereka inilah yang mendidik di sekolah itu selama 6 Tahun maka kini anak didik Cikgu ini telah pun sampai ke Universiti. Terima Kasih cikgu.

No comments:

Post a Comment