Wednesday, 5 October 2016

BIODATA KELUARGA



  Ahli keluarga yang terdiri daripada 7 orang termasuk ibu dan bapa saya.Ayah saya berasal daripada Sungai Manik Perak berumur 41 tahun seorang pekerja swasta.Manakala,ibu saya berasal daripada Padang,Sumatera Barat,Indonesia berumur 42 tahun seorang pekerja swasta. Saya mempunyai 5 orang adik beradik.Saya merupakan anak sulung.Mempunyai 2 orang adik lelaki dan 2 orang adik perempuan.Masing-masing sedang bersekolah.Kini kami menetap di Puchong Selangor di kawasan kediaman keluarga pihak ayah di tanah persendirian milik nenek dan datuk saya.Saya diajarkan oleh keluarga melalui perbezaan budaya kerana ibu saya berasal daripada keturunan minangkabau.Saya amat mencintai adat minangkabau yang mempunyai sedikit kelainan daripada budaya disini.Malah,jika kami mempunyai kesempatan dan sempena hari raya misalnya kami akan pulang ke kampung ibu untuk sambutan hari raya disana,Suasana yang sedikit berbeza membuat saya dapat mempelajari tradisi adat minangkabau.Saya merasa amat bertuah kerana saya mempunyai 2 kampung halaman dan dapat meluaskan pemandangan saya sama ada di Malaysia ataupun Indonesia.

No comments:

Post a Comment