Perjalanan di sekolah menengah adalah titik permulaan dimana sudah pun
meningkat dewasa. Saya terlibat dengan pelbagai aktiviti kepimpinan seperti
menjadi ketua kelas dari tingkatan dua sehingga tingkatan 4. Daripada itu saya
telah pun menerima anugerah kualiti kepimpinan sebagai ketua kelas. Saya
terlibat dengan aktiviti kelab seperti menjadi ajk tertinggi dalam kelab. Pernah
mewakili sekolah dalam pertandingan sajak,pantun dan permainan sukan bowling di
bawah kegiatan kokurikulum. Malah,sering membuat persembahan di sekolah ketika
aktiviti dan program yang sedang dijalankan. Saya juga sangat suka menulis maka ketika itu jika ada
pertandingan menulis esei dan mencipta lagu saya sering memenangi tempat
pertama dalam setiap pertandingan. Di sini saya belajar erti kehidupan alam
persekolaahan dimana menjadi pedoman untuk belajar di peringkat yang lebih
tinggi.Sesungguhnya,setiap guru di sekolah ini menjadi ingatan seumur hidup
sehingga tidak tersenarai dalam penulisan saya. Terima kasih cikgu.
Friday, 21 October 2016
Thursday, 20 October 2016
SK USJ 20
SK USJ 20
Bersekolah rendah di SK USJ 20 yang terletak di Subang
Jaya. Apa yang boleh saya katakan di
sini di sekolah inilah bakat saya pertama kali di cungkil dimana saya di
ajarkan sikap kepimpinan saya menjadi ketua kelas pada darjah tiga sehingga darjah
lima. Saya menyertai pelbagai aktiviti kokurikum dan sukan di sekolah ini. Saya
juga pernah mewakili sekolah dalam perbarisan unit beruniform Puteri Islam.
Saya juga banyak terlibat dengan pelbagai aktiviti kebudayaan seperti menyanyi
dan juga menari. Saya banyak masuk dalam pertandingan seperti penulisan esei
bahasa melayu kerana saya sangat suka menulis pada ketika itu. Sehingga kini
cikgu yang mengajar saya masih terlekat di minda saya iaitu cikgu Norizan
Ahmad,Cikgu Jennifer,Cikgu Syarifudin, Cikgu Fuad, Cikgu Farid,Cikgu Zuraida
dan Cikgu Jasmin dan banyak lagi . Mereka inilah yang mendidik di sekolah itu
selama 6 Tahun maka kini anak didik Cikgu ini telah pun sampai ke Universiti.
Terima Kasih cikgu.
Friday, 14 October 2016
KOKURIKULUM
Semasa di sekolah rendah saya aktif dalam sukan.Pelbagai
sukan saya sertai contohnya seperti bola
jaring,bola baling dan larian 100m,200m dan sebagainya.Saya juga menyertai pertandingan kawad antara badan beruniform
dalam mewakili sekolah.Acara perbarisan dalam mewakili rumah sukan.Malah,acara
merentas desa juga saya turut serta dan sering mendapat pingat.Ketika di
sekolah menengah saya kurang aktif dalam sukan dan lebih menjurus kepada aktiviti
kelab dan persatuan .Saya terlibat pelbagai acara seperti pantun,sajak dan
nyanyian.DI sekolah menengah juga saya dilantik untuk menjadi ketua dan setiap
tahun berturut- turut malah saya dilantik dalam kelab dan persatuan menjadi
pengerusi kelab matematik. Saya menyertai pelbagai kursus kepimpinan ajk tertinggi anjuran program kokurikulum dan saya
sertai kursus ini berturut-turut sehingga habis sesi persekolahan pada 2014.Di
matrikulasi,saya kurang aktif dalam pelbagai kegiatan dan hanya satu program
saja saya sertai iaitu pertandingan batu seremban.
Saturday, 8 October 2016
AKADEMIK
Perjalanan akademik saya bermula dengan Bersekolah tadika
Cina di Subang Jaya pada tahun 2003. Bersekolah rendah SK USJ 20
pada tahun 2004 hingga tahun 2010.
Bersekolah menengah di SMK USJ 23 pada tahun 2011 hingga tahun 2014. Mendapat tawaran
matrikulasi di KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR pada tahun 2015/2016. Sekarang
mendapat tempat menyambung pengajian IJAZAH
SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN di UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA . Mendapat
keputusan UPSR 2A1B2C. Seterusnya,mendapat
keputusan PMR 6A2B. Seterusnya,mendapat keputusan SPM 4A1B4C. Di
matrikulasi,saya mendapat pointer CGPA 3.69. Sepanjang pengajian terdapat
pelbagai pencapaian yang saya raih dan pengalaman yang mengajar saya erti
sebuah kehidupan.
Nantikan episode blog resume seterusnya..
Wednesday, 5 October 2016
BIODATA KELUARGA
Ahli keluarga yang terdiri daripada 7 orang termasuk ibu dan bapa saya.Ayah saya berasal daripada Sungai Manik Perak berumur 41 tahun seorang pekerja swasta.Manakala,ibu saya berasal daripada Padang,Sumatera Barat,Indonesia berumur 42 tahun seorang pekerja swasta. Saya mempunyai 5 orang adik beradik.Saya merupakan anak sulung.Mempunyai 2 orang adik lelaki dan 2 orang adik perempuan.Masing-masing sedang bersekolah.Kini kami menetap di Puchong Selangor di kawasan kediaman keluarga pihak ayah di tanah persendirian milik nenek dan datuk saya.Saya diajarkan oleh keluarga melalui perbezaan budaya kerana ibu saya berasal daripada keturunan minangkabau.Saya amat mencintai adat minangkabau yang mempunyai sedikit kelainan daripada budaya disini.Malah,jika kami mempunyai kesempatan dan sempena hari raya misalnya kami akan pulang ke kampung ibu untuk sambutan hari raya disana,Suasana yang sedikit berbeza membuat saya dapat mempelajari tradisi adat minangkabau.Saya merasa amat bertuah kerana saya mempunyai 2 kampung halaman dan dapat meluaskan pemandangan saya sama ada di Malaysia ataupun Indonesia.
Subscribe to:
Posts (Atom)