Thursday, 8 December 2016

IMPIAN





Impian saya ialah saya akan menjadi seorang ahli perniagaan pada suatu hari nanti dengan berbekalkan pengetahuan yang saya ada sepanjang belajar  dengan jurusan yang saya ambil sesuai dengan impian saya suatu hari nanti. Saya akan menguruskan sebuah restoran yang membawa tema masakan padang daripada Sumatera Barat,Indonesia iaitu resepi masakan turun temurun ahli keluarga belah ibu. Melihat kejayaan ahli keluarga yang lain dalam bidang perniagaan mendorong saya untuk menjuruskan diri dalam bidang perniagaan juga. Bukan sahaja dalam bidang masakan malah textile seperti pelamin pengantin,langsir dan juga segala jenis kain. Saya berharap suatu hari nanti saya juga di beri peluang untuk meneruskan legasi keluarga turun temurun untuk mewarisi  perniagaan seperti ini. Malah,saya bercita-cita untuk membuat franchise restoran masakan padang ini di seluruh negara agar lebih terkenal  dan diketahui ramai masyarakat di sini dan di luar negara. Maka,orang ramai akan merasai keaslian masakan minangkabau yang popular di serantau Indonesia.

No comments:

Post a Comment