Monday, 19 December 2016

REFERENCE

 NAMA : AIDIL KHIDIR BIN ABDUL HABIB
 UMUR : 30 TAHUN
 ASAL : PERAK
 ALAMAT : E-1-09, PANGSAPURI DAMAI, TAMAN DAMAI , 47150 PUCHONG,SELANGOR.
 PEKERJAAN : GURU DI SMK USJ 23
 EMAIL : idealk86@gmail.com

Thursday, 8 December 2016

IMPIAN





Impian saya ialah saya akan menjadi seorang ahli perniagaan pada suatu hari nanti dengan berbekalkan pengetahuan yang saya ada sepanjang belajar  dengan jurusan yang saya ambil sesuai dengan impian saya suatu hari nanti. Saya akan menguruskan sebuah restoran yang membawa tema masakan padang daripada Sumatera Barat,Indonesia iaitu resepi masakan turun temurun ahli keluarga belah ibu. Melihat kejayaan ahli keluarga yang lain dalam bidang perniagaan mendorong saya untuk menjuruskan diri dalam bidang perniagaan juga. Bukan sahaja dalam bidang masakan malah textile seperti pelamin pengantin,langsir dan juga segala jenis kain. Saya berharap suatu hari nanti saya juga di beri peluang untuk meneruskan legasi keluarga turun temurun untuk mewarisi  perniagaan seperti ini. Malah,saya bercita-cita untuk membuat franchise restoran masakan padang ini di seluruh negara agar lebih terkenal  dan diketahui ramai masyarakat di sini dan di luar negara. Maka,orang ramai akan merasai keaslian masakan minangkabau yang popular di serantau Indonesia.

HOBI





Hobi saya ialah menyanyi. Dari kecil saya telah di beri tunjuk ajar tentang nyanyian. Saya di hantar memasuki kelas seni nyanyian . Maka,ia telah pun menjadi hobi saya untuk menyanyi. Saya memasuki pelbagai pertandingan menyanyi sewaktu di sekolah . Menjadi wakil sekolah dalam bidang nyanyian. Saya juga telah dijemput menyanyi di majlis kenduri kahwin dan jika berkelapangan saya akan menerima tawaran tersebut. Dalam bidang nyanyian pelbagai perkara harus dipelajari contohnya seperti vokal, penggunaan suara,penguasaan pentas dan emosi. Bukan lah mudah untuk menyanyi begitu sahaja. Sesi pembelajaran yang panjang diperlukan . Malah, sehingga sekarang saya masih lagi belajar untuk lebih mempertingkatkan lagi kemahiran nyanyian yang saya ada.