1. Pernah bekerja di farmasi selepas SPM..Saya mendapat
pengalaman apabila saya belajar untuk menjadi juruwang,melayan pelanggan untuk
mendapat barang apa yang diinginkan..Saya juga turut di ajar untuk mengecek
invois barang yang masuk,dan filing..Pengalaman tambahan saya dapat mengetahui pelbagai jenis ubat yang sebelum
ini saya tidak tahu..
2. Selepas matrikulasi,saya bekerja di sebuah pasaraya..
Menjadi jurutimbang..Pengalaman yang saya dapat ialah menimbang pelbagai jenis
barang dengan keadaan yang cepat dan harus tepat..
Kesimpulan yang saya dapat berikan atas pengalaman bekerja
sepanjang ini ialah,ilmu adalah penting sebelum memulakan kerja dan berhadapan
dengan pelbagai jenis orang. Jika ilmu tidak cukup sukar untuk menempatkan diri
dalam suasana bekerja malah ragam manusia terlalu banyak.. Ilmu yang ada perlu
digunakan sebaiknya untuk menjadi seorang pemimpin atau pun pekerja kelak.
Tetapi,ilmu juga tidak cukup jika pengalaman tidak ada kerana pengalaman tidak
boleh dicari tetapi perlu dilewati. Maka,saya harus belajar sebaik-baiknya pada
waktu ini untuk menempatkan diri dalam alam pekerjaan kelak. Ijazah yang
menentukan tempat dimana saya duduk kelak,dan pengalaman yang menentukan darjat
saya kelak. Semuanya bermula atas saya hari ini.
No comments:
Post a Comment