Sunday, 27 November 2016

PENGALAMAN BEKERJA





1. Pernah bekerja di farmasi selepas SPM..Saya mendapat pengalaman apabila saya belajar untuk menjadi juruwang,melayan pelanggan untuk mendapat barang apa yang diinginkan..Saya juga turut di ajar untuk mengecek invois barang yang masuk,dan filing..Pengalaman tambahan saya dapat  mengetahui pelbagai jenis ubat yang sebelum ini saya tidak tahu..

2. Selepas matrikulasi,saya bekerja di sebuah pasaraya.. Menjadi jurutimbang..Pengalaman yang saya dapat ialah menimbang pelbagai jenis barang dengan keadaan yang cepat dan harus tepat..

Kesimpulan yang saya dapat berikan atas pengalaman bekerja sepanjang ini ialah,ilmu adalah penting sebelum memulakan kerja dan berhadapan dengan pelbagai jenis orang. Jika ilmu tidak cukup sukar untuk menempatkan diri dalam suasana bekerja malah ragam manusia terlalu banyak.. Ilmu yang ada perlu digunakan sebaiknya untuk menjadi seorang pemimpin atau pun pekerja kelak. Tetapi,ilmu juga tidak cukup jika pengalaman tidak ada kerana pengalaman tidak boleh dicari tetapi perlu dilewati. Maka,saya harus belajar sebaik-baiknya pada waktu ini untuk menempatkan diri dalam alam pekerjaan kelak. Ijazah yang menentukan tempat dimana saya duduk kelak,dan pengalaman yang menentukan darjat saya kelak. Semuanya bermula atas saya hari ini.

PENCAPAIAN





SK USJ 20    :- Anugerah cemerlang 2007-Pertama
                       -Coral speeking-2008-Kedua
                       -Pertandingan menulis esei bahasa melayu-johan

SMK USJ 23 : -Anugerah kualiti pelajar 2012
                        -Anugerah kualiti kepimpinan cemerlang –ketua kelas
                        - Anugerah kualiti pencapaian akademik-6A
                        -Penulisan esei “antidadah dan rokok”-tempat ketiga 2013,2014
                        -Pencipta lagu “antidadah dan rokok”-johan 2014
                        -Deklamasi sajak-Johan 2012,2013,2014
                        -Menyertai pertandingan sajak dan pantun wakil sekolah 2013,2014
                        -Wakil sekolah program bakatku my talent-2012
                        -Membuat persembahan depan timbalan pengarah menteri pelajaran Malaysia

MATRIKULASI : -Menyertai bengkel pengucapan awam
                             -Pertandingan inovasi(Minggu Keusahawan)

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN :
UPSR: 2A 1B 2C
PMR : 6A 2B
SPM : 4A 1B 4C
MATRIKULASI : 3.69

Tuesday, 15 November 2016

AKTIVITI SEPANJANG PROSES PEMBELAJARAN





Semasa di sekolah saya telah melibatkan diri dalam banyak aktiviti kebudayaan menyanyi menari dan berteater. Saya telah menjadi banyak wakil sekolah dalam acara pertandingan seperti berikut. Saya juga pernah bertanding dalam pertandingan One Academy di Subang Jaya. Kemudian,saya bergiat aktif dalam Sajak dan Pantun. Saya pernah bersajak depan Timbalan  Menteri Pembelajaran Malaysia. Saya sering  mengikuti program-program temu bual dengan penceramah dan mendapat banyak pengalaman pada setiap program yang saya sertai. Semasa di matrik saya telah terpilih untuk sertai program pengucapan awam dan berjumpa dengan penulis buku terkemuka tanah air. Saya mengambil bahagian dalam program membantu pembersihan kawasan perumahan di kawasasn Kajang. Banyak pengalaman yang saya peroleh dalam sepanjang proses pembelajaran yang membawa saya untuk menjadi seorang  yang menghargai dimana saya berdiri sekarang dan pengalamannya menjadi pedoman perjalanan hidup saya kelak.

Friday, 11 November 2016

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA





Permulaan kehidupan di univerisiti dimana mendapat kos ijazah pentadbiran perniagaan iaitu di fakulti ekonomi dan pengurusan .Sebelum memasuki univerisiti ini saya harus menjalani proses temuduga seperti ketetapan pihak UKM. Setelah menjalani proses ini saya mendapat tempat untuk menyambung pengajian di UKM. Saya menetap di Kolej Aminuddin Baki. Pengalaman pertama semasa minggu orientasi saya menonjolkan diri saya dengan bakat yang saya ada dalam bidang nyanyian iaitu membuat persembahan pada hari terakhir orientasi.Setelah itu saya memasuki biro kebudayaan di sini dan mendapat jawatan selaku naib pengerusi  biro kebudayaan.  Saya terpilih dalam memasuki kelab bestari antara kelab yang aktif di Kolej ini dan di iktiraf. Saya mendapat pengalaman di mana saya  akan menyertai program ke Sarawak iaitu Kembara Warisan Seni Budaya anjuran pihak kebudayaan. Saya akan menyertai program-program yang akan lebih melatih kepimpinan saya sama ada di fakulti atau kolej pada masa akan datang untuk menjadi pelajar yang berkaliber. Malah, menumpukan pelajaran untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam  akademik yang mana matlamat utama dating ke sini.

Wednesday, 9 November 2016

KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR





Permulaan pra universiti dalam kehidupan saya.Selepas tamat spm dan saya mendapat keputusan yang agak baik saya  diberi peluang melanjutkan pengajian di kolej matrikulasi Selangor  dalam jurusan SAINS MODUL 1 tetapi saya menukar aliran kerana kurang berminat dengan program sains.Saya mengambil jurusan perakaunan.Sepanjang 2 sem pengajian pelbagai pengalaman yang di tempuhi dimana terlibat dengan pelbagai aktiviti dan juga jadual kuliah yang sangat padat. Malahan,assignment yang sangat  banyak harus dilakukan yang mengajar diri erti berdikari.Pensyarah di kolej ini sangat membantu dalam meningkat kan pencapaian saya.Dengan mendapat keputusan yang baik dalam sem 1 dan sem 2 saya lulus dengan cemerlang  dan tamat pengajian matrikulasi sesi 2015/2016.